ϟ ѕωєєтиєѕт σνєяℓσα∂ ϟ
++Follow | Dashboard
Heartbroken :'(
Thursday 27 March 2014 • 10:19 • 0 nailed their thoughts

Assalamualaikum semua. Waaaaa, dah lama Syahmin tak update blog. Berhabuk dah rasanyaaa. Lol. Jangan suka sangat Syahmin. Nanti sedih. Hmm. Zaman sekarang ni ada ke orang berblog blog ni. Hahaha. K tak kesah. Sebenarnya Syahmin banyak cerita sedih yang nak cerita. Semua cerita sedih. Tapi Syahmin taktahu nak cerita dekat siapa. Nak cerita dekat kengkawan, nanti diaorang terbeban pulak nak pikirkan masalah Syahmin ni. Nak cita pada mak abah, dah tentu tentu kene marah punya. Nak cerita pada adik beradik? Nak pulak diaorang dengar. Syahmin rasa tertekan sebenarnya tahuu takk. Syahmin rasa menyesal pulak couple dengan Muhammad Izzuddin Bin Abu Bakar. Tahu tak kenapa? Sebenarnya dia kawan Syahmin sejak dari sekolah rendah a.k.a sekolah agama lah. Dia ni nakal gila kalau nak tahu. Hahaha. Selalu buli Syahmin sbb Syahmin ni kan dulu ajet ajet gangster je. Lol. Kalau nak tahu budak lelaki sekolah agama dulu, semua anti Syahmin. Kitaorang start tak jumpa lepas tahun 5. Yelah, sekolah agama sampai tahun 5 je kan? Mana ada tahun 6. Tiba tiba bila masuk sekolah menengah dia sama kelas dengan Syahmin. Aduhhh, Syahmin rasa nak pindah kelas je tapi bila diperhatikan perangai dia tak ada lah macam sekolah agama dulu. Mula mula ajet ajet lah kawan dulu, lepas tuuu. Nahhh, keluar dah perangai dia. Boleh dikatakan setiap hari dia tumbuk Syahmin. Aduhhh, naiik lebam dah tangan nii. Satu je cara taknak bagi dia tumbuk, bagi RM1. Kadang kadang tuu, Syahmin bagi lah sebab tak tahan gila kene tumbuk. Nak lapor dekat cikgu, lebih lebih pulak kan? Hahahaha. Itulah waktu form 1. Naik form 2, Syahmin panjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana tak sama kelas dengan dia. Dia dah tak kacau dahh. Tapi kadang kadang rindu jugak dengan gelagat dia. Yelah. Kawan kan? Form 2, Syahmin adalah manusia yang paling bahagiaaaaa. Tahu tak kenapa? Dekat sekolah tak belajar langsung. Yelah, mana idaknyaaa ponteng, homework tak siap, melawan cikguuu. Huuuu, sangat tidak berdisiplin. Lol. Syahmin ada dua geng. Satu group lelaki, satu group perempuann. Semua sempurna enam lelaki enam perempuan. Group lelaki Ahmad, Razmin, Asnawi, Fiqar, Mustaqim, Aqil. Group perempuan Syahmin, Intan, Tasha, Nini, Farah, Adah. Kami suka berkomplot ponteng kelas ke, tak siap homework ke. Memang best lah cerita nyaaaa. Masuk form 3? Udahhh, muka blurr je dalam kelas. Mana tak nyaaa, form 2 tak belajar satu apaaaa. Lalalalala. Masuk form 3 ni lah mulanya kisah aku dengan yang tersayangggg. Izzuddin, orang yang nakal, suka usik orang, menganggu ketenteraman orang, tiba tiba text aku. Lama jugak lah. Aku rasa start bulan 6 kodd. Entahlahh. Agak agak macam tulahh. Dia mesej Syahmin biasa biasa je. Kawan kawannn. Bahan membahan, maki memaki. Semua adalah. Asal jumpa dekat tuisyen je mesti bertekak. Tak kisah lah dekat mana pun. Kalau jumpa mesti nak bahan. Tak kira lah pasal apa. Mesti ada lah. Wajibbb. Hahahaha. Tiba tibaaaaa, bila dah lama sangat text Syahmin rasa satu perasaan yang pelik. Syahmin dah suka dia. Ohhh no. Tak mungkin. Start daripada didatangi perasaan itu, Syahmin terus tak text dia, dia call pun Syahmin tak angkat. Rupanyaaa, dia tetap nak tahu kenapa Syahmin tak eply text dia, tak angkat call dia. Dia tanya Tasha. Tasha tanya Syahmin. Syahmin cakap dekat Tasha yang phone Syahmin kene ambik dengan Mak. Then, Tasha bagitahu dia. Dia tetap tak percaya. Dia whatsapp ke wechat entahlah, taktahuu dekat Izati. Izati pun tanya lah Syahmin, betul ke phone Syahmin kene ambik dengan Mak. Tiba tiba Syahmin cakap mana ada, ada je dekat Syahmin. Syahmin tanya Izati kenapa. Dia kata Izzuddin suruh tanyaaa. Alamakk. Apa nak buat niii. Redha jelah. Dah terlepas cakap punnn. Hmmm. Balik je dari sekolah Izzuddin text Syahmin, dia tanya kenapa tak eply text dia. Kenapa tipu phone mak ambik. Syahmin tak eply langsung. Syahmin biarkan ajee. Syahmin taknak syok sendiri. Waktu tu Syahmin tak tahu perasaan dia dekat Syahmin. Esoknyaaa dekat sekolah, Izati cakap Izzuddin suka Syahmin. Syahmin tergamam. Taktahu nak cakap apa. Takut salah information, Izati tu pun bukan betul orangnyaaaa. Hahahahaha. Maaf yeaaa Siahh Aaronz. Start daripada itu lah Syahmin boleh couple dengan dia disebabkan dia yang mintak. Lagipunn Syahmin masa tukan memang suka kan dia. Bulan 6 start text, bulan 9 baru couple. 10 September 2013 kalau tak silap. Setelah itu, hari hari Syahmin bagaikan pelbagaii cahaya yang menerangi seakan akan membawa berita gembiraaaaa. Setiap hari Syahmin akan tersenyum. Takpernah masam. Kalau ade punn kadang kadang. Biasalah couple mane yang aman damai sampai mati kan. Hahahahaha. PMR? Syahmin rasa bahagia sebab dapat buat a.k.a rasanyaaaa. Rupanyaaa tidak. Start daripada cuti sekolah bulan 11 hidup Syahmin bagaikan seorang wanita yang tidak mempunyai hala tuju yang betul. Pelbagai cabaran yang harus Syahmin hadapii. Izzuddin pun semakin hari semakin berubah. Izzuddin yang Syahmin kenal dulu tak sama dengan yang waktu tu. Syahmin yang selalu call dia malam malam. Setiap hari. Bayangkanlahh. Ya Allah, hanya Engkau yang mengetahui segalanyaaaa. Start bulan 12, kitaorang dah jarang text. Maklumlah, Syahmin ni bukanlah daripada keluarga yang berada sangat. Phone sampai sekarang yang berkeypad. Bukan touch skrin. Tak ada wechat. Syahmin pun taktahu kalau kalau dia ada mengata Syahmin dekat wechat dia kan? Hmmmm. Waktu keluar result, Syahmin rasa nak mati tahu tak? Sumpaahhhh!!!! Kawan kawan Syahmin semua berjaya tapi Syahmin? Dapat 2A5B. Apa gunaaaaa? Syahmin meraung sehariannn. Izzuddin lagilah, tak text Syahmin langsung waktu hari keluar result tuuuu. Haihh, sabarlah wahai hatiii. Malam esoknyaaa baru dia text Syahmin. Itu punn disebabkan Syahmin yang text dia dulu. Nampak tak permainan dia? Syahmin tak sangka pulakk waktu tuu dia memang dah mula tak sayangkan Syahmin rasanyaaaa. Kalau ikutkan gaya memang macam tak. Syahmin hanya test dia jee. Syahmin ajak gayut tapi bukan Syahmin call, dia yang call. Tapi dia tak call. Takpee lah, mybe waktu tu dia busy kodd. Hari lain pulak, sama jugak. Syahmin sabar jugak. Masuk hari yang ketiga dia tak call jugak. Syahmin dah curiga gila. Tapi Syahmin pikirkan perkara positif je. Then start 20 sampai 22 Disember, Syahmin text dia tak eply, call tak angkat. Syahminn dah nak meroyann dah. Tapi tetap kuatkan Imannn. Akhirnyaaaa Syahminn gembira sebab dia text Syahmin pada 22 Disember 2013. Tapii oleh sebab text yang dikirimkan terlampau menyakitkan hati, Syahmin terus menangis. ' Awak, saya nak putus.. Jangan tanya kenapa... Kbye.... ' Itu yang dia hantar pada Syahmin. Luluhnyaaa hatii. Dah lah dapat result PMR terukk. Buah hati pulak tinggalkan kita. Korang tahu tak waktu tu Syahmin dengan kakak Syahmin baru je sampai Aeon Seksyen 18 dekat Ipoh sebab nak tengok Frozen. Tiba tiba dia text macam tu. Agak agak, korang ade mood tak nak tengok Frozen? Faham faham sendiri lah. Lepas tu boleh pulak dia update moment ' nak cari awek legoland lah ' Ya Allah, rasanyaaa seperti hati ini dikikis kikis dengan pisau yang amat tajam. Waktu tu dia dekat Johor. Nak pi legoland. Memang update moment macam tu lah kan. Syahmin cuba lupakan dia, hari demi hari. Macam macam yang Syahmin dengar daripada mulut kawan dia. Dia cakap yang dia dah bebaslah, dia tak banyak buang duit lah. Yelah dulu kan selalu text Syahmin, so kene topuplah kan. Hmmm. Nampak sangat dia menyesal. Dia pernah bagi Syahmin harapan, rupa rupanyaaa harapan itu palsu belaka. Alangkah bodohnyaaa Syahmin ni kannn. Hmmm. Sampai sekarang Syahmin masih belum melupakan dia. Ya Allah, bantulah HambaMu iniiii. Minggu lepas Syahmin mimpi dia. Mimpi yang amat menyayat hati. Dalam mimpi tu, dia jujur pada Syahmin yang dia masih sayangkan Syahmin. Masih cintakan Syahmin. Ya Allah, andainyaa itu semua bukan mimpiii. Tiba tiba semalam dia wechat Syahmin. Syahmin baru je ada wechat. Itu pun pinjam phone kawan. Yelah, nak try jugak perasaan orang ada wechat kan. Dia wechat, dia hanya cakap ' takpayah sombong sangat lah, tak bawak kemana sombong kau tu ' Waktu tu Syahmin rasa nak mati sangat. Lepas tu Syahmin dah log out daripada wechat dan taknak main lagi. Cukuplah sekali Syahmin kene macam tu. Tak perlu banyak kali. Hmmm. Esok Syahmin bagi balik phone Dayini. Walaupun Syahmin pinjam 5 hari. Rasanya macam 5 tahun mengenangkan phone Dayini ada wechat. Syahmin harap Syahmin dapat lah melupakan Izzuddin tuu. Walauapapun, Syahmin nak cakap. Izzuddin sebenarnyaaa baikk. Dia tak lah jahat mana punn. Biasa lah remajaaaa. Byebye -.-

xoxo, chan



Ze Path


ϟ TALE ϟ ME ϟ LOVE ϟ VVIP


A Lonely Gal


Photobucket

welcome to my blog. this is officially my lovely blog :D haha, please don't do something that will make you ashame. please, i beg you. no copycats allowed here. hate me? like i care ^__^



★ Moshi-2 ★

Scream Machine

Spread some love >///<
Sorry kalau tidak dibalas.

Shoutbox

Ze Credits


C H A N I S H .